Pages

MIRS


15hb April 2014, tertubuhnya Persatuan Reggae Antrabangsa Malaysia (MIRS) yang diasaskan oleh saudara Mohd Fauzi Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Poe dalam industri hiburan tanahair. Penubuhan MIRS adalah lahir daripada komitmen saudara Poe bersama beberapa rakan seperti saudara Ahmad Radzi Bin Abdul Hamid aka BobRadzi, saudara Mohd Nadim Zin dan Saudara Samsudin Sarip dalam memartabatkan industri muzik tanahair khususnya genre reggae.



Objektif penubuhan MIRS adalah untuk mewujudkan satu komuniti yang sihat dan memberi penerangan kepada masyarakat majmuk Malaysia khususnya, dunia amnya, bahawa genre muzik reggae bukanlah satu genre muzik yang negatif tapi merupakan salah satu cabang muzik yang mempunyai unsur-unsur kematangan, kesedaran, kerohanian dan pembelajaran yang mana akan menyampaikan mesej-mesej yang berguna dalam menjayakan industri kesenian Malaysia.



MIRS juga diwujudkan untuk menyokong dan bersama dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan di mana muzik tanpa dadah menjadi teras dan matlamat penubuhan. Dengan penubuhan MIRS, kami akan dapat membantu Kerajaan dalam membenteras segala gejala bencana sosial yang berlaku dengan mewujudkan satu jawatankuasa bertindak yang memberi segala bentuk bantuan dan sokongan kepada Kerajaan dalam menangani segala permasalahan sosial yang berlaku.



MIRS juga akan bertindak sebagai sebuah platfom ahli-ahli serta indusri berkaitan yang akan bertindak sebagai pengantara dalam mengemukakan pandangan, permasalahan dan sebgainya dengan pihak-pihak yang berwajib. MIRS juga ditubuhan untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam membentuk satu komuniti kehidupan yang harmoni dalam masyarakat majmuk Malaysia.



MIRS sudi berkerjasama dengan mana-mana pertubuhan bukan Kerajaan dalam menjayakan segala bentuk program kemasyarakatan dan kebajikan bagi menwujudkan satu budaya hidup yang sihat yang penuh dengan Kecintaan, Ketenangan, Keharmonian dan Permuafakatan yang mana ianya telah menjadi motto MIRS.



MIRS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana menyokong perjuangan kami.